Liputan Yang Luas
Sijil sah dan diperakui. Boleh digunakan di semua negeri termasuk permohonan nikah di luar negara
Diyakini Tulen
Sijil dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor serta menggunakan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam JAKIM
Tiada Tamat Tempoh
Sijil tanpa tarikh luput selagi belum digunakan. Anda digalakkan mengambil kursus sekarang sebagai persediaan awal
Pantas
Serahan sijil segera selepas melengkapi kursus pada hari kedua
Berkualiti
Penceramah bertauliah dan berpengalaman dalam lapangan bidang hal ehwal rumahtangga
Kepuasan Pelanggan
Makanan dengan pelbagai menu menarik disediakan sepanjang kursus. Kemudahan parkir percuma dan luas, surau juga disediakan
Soalan Lazim
Adakah kusrsus kahwin ini hanya untuk warga Johor sahaja?
- Kursus kahwin bersemuka terbuka kepada Warganegara Malaysia (semua negeri) dan bukan warganegara (mempunyai pasport). Sijil sah seluruh Malaysia.
Siapakah yang dapat pengecualian kursus kahwin?
- Lelaki/Perempuan yang akan bernikah kembali dengan pasangan sama
- Janda kematian suami
- Duda kematian isteri
- Poligami
- Janda berumur 45 tahun ke atas
- Duda berumur 50 tahun ke atas
*Janda yang berumur 44 tahun ke bawah dan Duda umur 49 tahun kebawah yang bercerai hidup perlu kursus semula
Bilakah sijil kursus kahwin diterima?
- Kursus Kahwin Bersemuka : Sijil akan diserahkan kepada peserta sejurus setelah tamat kursus iaitu pada hari kedua kursus.
Apakah dokumen diperlukan semasa mendaftar kursus kahwin bersemuka?
Satu salinan fotostat kad pengenalanSatu salinan fotostat pasport (Jika bukan warganegara)Sekeping gambar berwarna berukuran pasportLelaki : Bersongkok (Jika tidak bersongkok pastikan rambut pendek & kemas)Perempuan : BertudungLatar belakang gambar (background) bebas (Tidak ditetapkan warna tertentu)
- Yuran RM150 seorang
- Salinan sijil perakuan memeluk islam (Muallaf)
Salinan fotostat sijil kelahiran/surat beranak (Jika tiada ic)- Bawa ic atau dokumen pengenalan diri lain jika bukan warganegara
Adakah sijil kursus kahwin boleh digunakan untuk pernikahan kali kedua (cerai hidup)?
- Satu sijil hanya untuk sekali pernikahan sahaja. sekiranya cerai hidup perlu mengambil semula kursus kahwin. Pengecualian hanya diberikan mengikut had umur.(Rujuk soalan No. 2)
Bolehkah mengambil kursus kahwin awal walaupun tiada pasangan?
- Kursus kahwin dibolehkan ambil awal kerana sijil kursus tiada tamat tempoh dan pastikan anda simpan sijil tersebut dengan baik untuk mengelakkan sebarang kerosakan / hilang.